Salam Ramadhan 2009. Penulis memang jarang menulis blog ini, bukan kerana apa, tiada masa dan sibuk dengan tugas-tugas baru menjadi seorang pelajar. Namun itu juga bukan kesan utama dari tidak menulis blog. Menulis jika mana ianya penting dan boleh dikongsikan oleh mereka-mereka yang memerlukan atau tidak. Berbalik kepada isu yang diutarakan. Mengenai demikian, adalah disebutkan sebilangan rakyat di Indonesia tidak menyukai rakyat atau negara Malaysia. Ini disebabkan Malaysia dituduh mencuri adat-adat yang terdapat di Indonesia dan mengklaimkannya sebagai adat rasmi Negara.
Memang tidak dinafikan, ada segelintir rakyat fanatik di Indonesia yang membenci Negara Malaysia kerana beberapa perkara kecil yang timbul, dan itu diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang mana mahu menimbulkan konflik diantara kedua-dua belah negara. Tak lain dan tak bukan, Amerika dan Sekutunya. Yang sentiasa mengambil kesempatan dalam pelbagai isu yang timbul. Tidak mahu melihat dua buah negara berjiran berumpun ditambah dengan bilangan penduduk Islam yang ramai di rantau Nusantara ini. Jadi memang ramai pihak akan menganggap, kekalutan yang berlaku hanya disebabkan faktor-faktor yang luaran dan fizikal sahaja, malahan pada hakikatnya, faktor-faktor tersirat dan punca sebenar masih dalam bayangan musuh sebenarnya.
Dua buah negara seharusnya bersatu dan berganding bahu, demi keamanan sejagat, tidak berfikiran negatif dan egois semata-mata kerana mengikut hawa nafsu dan telunjuk musuh. Maka tiada lah peperangan dan pergelutan yang berlaku disebabkan oleh perkara yang hanya sekecil kuman dan dibiakkan dengan cara yang progresif. Jiran amat penting bagi kita, tanpa jiran, manusi hidup di dunia kegelapan dan dibayangi kesusahan. Firman Allah S.W.T dalam surah An Nisa, ayat 36 yang bermaksud :4:36 "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, saudara mara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri"


13 Komen:
Utusan Malaysia marah kt media indon..katanya media Indon x bg peluang utk Malaysia menerangkan situasi yg berlaku selepas hentam Malaysia kaw kaw ....hmmm...Utusan Malaysia pon sama la jugak...hentam pembangkang 24 jam...tp x bg peluang pon utk pembangkang membela diri...klu ada pon msti sket2 ja....bukan nk bela Indon tp, yg bercakap tu sedarlah diri tu sket...
Nice blog. Informative & impressive content.
______________________
View Profile: Rantong™
betolker org indon sendiri yg ckp mcm tu? saya takut ada pihak yg sengaja memecahbelahkan rumpun kita.. dulu ngan singapore pasal pulau yg sekangkang monyet.. ingat! kita semua pernah dijajah!!!!
Don't dwell on what went wrong. Instead, focus on what to do next. Spend your energies on moving forward toward finding the answer. -Denis Waitley
-
-http://torrenttvdevice.blogspot.com
-
-gun.shonski
ape bende lah ko ni..
ni kan cite indon, pehal lak ko nak mrahkan utusan psal hntam pmbgkang??
da mmg pmbgkang ptut kne hntam..
kluarkan fakta mcm die yng bgus..
hjung2 sekongkong ngan DAP gak..
lebey ah pmbgkang..
brtpengkan bgus sbalik serban..
Allah maha mgetahui.....
indon mmg xsdar diri..
kat ofis ni da brlambak email psal indon banned MALAYSIA..
sbgai trully malaysian, kte msti tgakkan ngre kite..
jgan smpai orang indon tnjuk blang..
die agas je...
you all smua bersifat assabiayah yg sgt tebal..well, mmg patut kita pertahankan negara, but jgn kondem sgt org2 indon sbb mereka jg adalah seagama dgn kita...
apa yg penting ialah kita adalah seagama..klu diukur secara kenegaraan tanpa pedulikan agama yang sama, nescaya kedua belah pihak tak kan aman smp bila2....
peace to all....
ALLAH MAHA MENGETAHUI
Dasar indonnn memang tak sedar diri .. dah le cari makan kat m sia .. bengong plak tuh
dah latu... masalah x kan selesai klu asyk nk gaduh jer.. muhasabah diri aek.. klu ikt ati mati, klu ikt rasa binasa, key. tp aku ttp skong negara aku malaysia...
i tak kesah
saya Indonesia
tidak semuga orang Indonesia seperti itu, hanya pihak tertentu saja
semoga hal semacam ini tidak memecah belah persatuan malaysia Indonesia karena saya yakin kita diprovokasi oleh pihak yang tidak suka dengan persatuan kita
terima kasih
betul2..
antara sesuatu kekecohan mesti ad dalangnye..
dari cari dalang lbey baek cari penyelesaian..
i2 adalh lbey baek kepada kedamaian..
peace 2 islamic :D
Post a Comment
Komen lucah/hina/maki/promosi TIDAK akan ditayangkan. Komen dengan cermat.