Blog izyan.com
Want to subscribe via RSS Feed? Subscribe now..

Monday, September 7, 2009

Malaysia DItuduh Mencuri Adat Indonesia

Salam Ramadhan 2009. Penulis memang jarang menulis blog ini, bukan kerana apa, tiada masa dan sibuk dengan tugas-tugas baru menjadi seorang pelajar. Namun itu juga bukan kesan utama dari tidak menulis blog. Menulis jika mana ianya penting dan boleh dikongsikan oleh mereka-mereka yang memerlukan atau tidak. Berbalik kepada isu yang diutarakan. Mengenai demikian, adalah disebutkan sebilangan rakyat di Indonesia tidak menyukai rakyat atau negara Malaysia. Ini disebabkan Malaysia dituduh mencuri adat-adat yang terdapat di Indonesia dan mengklaimkannya sebagai adat rasmi Negara.


Memang tidak dinafikan, ada segelintir rakyat fanatik di Indonesia yang membenci Negara Malaysia kerana beberapa perkara kecil yang timbul, dan itu diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang mana mahu menimbulkan konflik diantara kedua-dua belah negara. Tak lain dan tak bukan, Amerika dan Sekutunya. Yang sentiasa mengambil kesempatan dalam pelbagai isu yang timbul. Tidak mahu melihat dua buah negara berjiran berumpun ditambah dengan bilangan penduduk Islam yang ramai di rantau Nusantara ini. Jadi memang ramai pihak akan menganggap, kekalutan yang berlaku hanya disebabkan faktor-faktor yang luaran dan fizikal sahaja, malahan pada hakikatnya, faktor-faktor tersirat dan punca sebenar masih dalam bayangan musuh sebenarnya.

Dua buah negara seharusnya bersatu dan berganding bahu, demi keamanan sejagat, tidak berfikiran negatif dan egois semata-mata kerana mengikut hawa nafsu dan telunjuk musuh. Maka tiada lah peperangan dan pergelutan yang berlaku disebabkan oleh perkara yang hanya sekecil kuman dan dibiakkan dengan cara yang progresif. Jiran amat penting bagi kita, tanpa jiran, manusi hidup di dunia kegelapan dan dibayangi kesusahan. Firman Allah S.W.T dalam surah An Nisa, ayat 36 yang bermaksud :
4:36 "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, saudara mara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri"

Baca Lagi → Malaysia DItuduh Mencuri Adat Indonesia

Sunday, August 30, 2009

Implikasi Masuk Islam

Ada juga notis yang dikeluarkan oleh salah sebuah gereja di Malaysia yang mana menyuruh penghanutnya supaya mendalami dan mengetahui kesan-kesan daripada masuk Agama Islam. Memang penyataan ini sangat prihatin terhadap penghanutnya, namun seharusnya tidak mengaitkan Islam dalam memelihara agama mereka dengan penghanut mereka, itu bergantung kepada usaha mereka sendiri men'tarbiyah'kan umatnya, usaha besar maka, umat berkenaan akan teguh dan kuat dengan pegangannya dan juga begitu sebaliknya.

Islam tidak melarang mana-mana manusia untuk memasuki Islam, melainkan daripada kesedaran dan hidayah yang di berikan Allah kepada setiap makhluknya yang memerlukannya.

Wallahualam. Salam Ramadhan 2009.

Baca Lagi → Implikasi Masuk Islam

Saturday, August 15, 2009

Cari Duit Berblogging di Internet

Lama sudah penulis tak updates nie blog, almaklumlah penulis busy sambung belajar. Jadi cuma blog hiburan izyan.com sahaja yang sempat di updates. Memandangkan tidak ada TV di hostel, jadi penulis tidak tahulah perkembangan isu semasa di luar sana. Nak tengok news online, agaknya macam malas cikit, line tenet sangat slow. Macam siput jerk biasalah covarage nyawa-nyawa ikan.

Sejak penukaran theme di izyan.com, penulis dapat men-target bilangan visitor yang ramai selepas daripada itu. Kenaikkan hampir 50% visitor membolehkan ramai pengiklan telah membolosi pasaran melalui izyan.com. Syabas lah diucapkan atas kenaikkan ini. Ada yang mengkritik penggunaan theme berkenaan, namun penulis percaya yg theme berkenaan boleh mencapai kepuasan maksimum bila melawatinya. Perubahan pada bahagian 'header' (atas), 'Footer' (bawah) dan juga ruangan komen. Masih meraguinya? pendapatan sebulan alhamdulillah penulis boleh mencapai RM1000 dengan meluangkan masa selama 2 jam (itupun kalau tenet tak slow) untuk updates artikel.

Kenapa sampai Rm1000? penulis dah tak gunakan Nuffnang dan Adsense lagi memandangkan ada 1 company yang tawarkan konsep pengiklanan yang sama seperti mereka, yakni Innity. Syarikat pengiklanan Malaysia yang dah lama bertapak sebelum pengiklanan yang lain muncul, cuma ramai yang tidak mengetahuinya. Kerana cuma syarikat2 yang memiliki website yang mempunyai pengunjung yang ramai sahaja mendapat tawaran dari Innity, seperti TV3, NTV7, 8TV dan sebagainya termasuk juga izyan.com. Tapi anda boleh lah mencubanya, jika web/blog anda berkebolehan dan memenuhi kehendak dari Innity. Hasilnya pulak terus kepada anda. Bayangkan satu klik sahaja RM0.90, kalau 100 klik sehari? RM90 sehari. Jutawan lah korang nanti. Ngeh3.. Semoga berjaya dalam berblogging.

Wassalam

Baca Lagi → Cari Duit Berblogging di Internet

Sunday, August 2, 2009

Anti ISA Menyusahkan, Pembangkang Bodoh

Apa yang berlaku kelmarin (1/8) di Kuala Lumpur amat memilukan negara amnya kepada bangsa Malaysia sendiri. Suatu bangsa yang dibanggakan kerana dikatakan rukun satu sama lain. Akhirnya berpecah belah dan menghancurkan negara Malaysia tercinta akibat ideologi parti pembangkak yang mahu negara Malaysia berpecah belah dan tidak bersatu. Ramai yang sependapat apa yang terjadi kelmarin amat menyusahkan banyak pihak terutama peniaga dan pelancong asing.

Orang-orang yang terlibat dalam demo kelmarin terdiri dari segelintir pelajar IPT yang bodoh, pak haji yang tidak berpelajaran, samseng2 jalanan, perempuan bertudung labuh yang sekadar bertudung tapi sikap macam setan, dan juga orang2 yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kenapa mereka ini dianggap sebegini, mereka kerana kewujudan mereka lah negara bakal menjadi huru hara. Sudah diberi nasihat, tidak mahu endahkan. Mahu diberi apa lagi kalau bukan nasihat, pukul sahajalah, baru sedar.

Isu ISA, kata kerajaan dalam proses perbincangan lagi dan ianya akan juga dikaji dalam kabinet. Tapi orang degil seperti diatas yang dianjur oleh parti pembangkang amat mencerminkan kebodohan pembangkang itu sendiri. Baru memrintah beberapa negeri sudah tunjuk belang. Bertindak mengikut hawa nafsu dan kemahuan yang tiada had mengakibatkan banyak permasalahan yang berlaku kepada orang2 yang tidak terlibat. Tiada kerja lain lagi ke dorang nie selain merosakkan mata kasar, cari lah rezeki yang halal dan berbuat baik lah selagi hidup masih ada. Mungkin bagi mereka rezeki dah mencukupi dan jalan terakhir bagi mereka adalah untuk mati syahid (kononlah tu).

Apa kemudahan yang mereka nikmati selama ini? dari kerajaan juga kemudahan itu disediakan, dan hidup mereka juga terjamin keselamatannya dengan dasar yang dikeluarkan kerajaan, nak pergi mana selamat, nk duduk rumah pun selamat. Masjid yang mereka duduki, kerajaan juga yang berikan dana untuk kemudahan masjid berkenaan. Jalan raya yang mereka jalani, pembangkang yang buat? sorry lah.

Bagi mereka semua memang sentiasa menyokong kepimpinan parti pembangkang terutama yang parti islamic. Biar apa yang dikeluarkan oleh parti islamic berkenaan, mereka akan mempersetujui dan akan menanggapnya ianya satu keputusan yang betul. Macamlah pemimpin tersebut muktamad akan masuk syurga sampai ada yang menganggap ianya benar belaka. Kalau itu yang diiginkan, dok jer dalam negeri yang diperintah olehnya, disana dikatakan aman sentosa.

Tapi jika parti pembangkang masuk ke Sabah dan Sarawak, penulis tidak teragak-agak untuk memboikot 200 percen kemasukkan mereka, kerja mereka cuma akan menghasut negeri ini untuk mementang kerajaan. Sedangkan Sabah dan Sarawak sekarang aman dibawah kepimpinan Barisan Nasional, tidak ada demo2 liar, demo2 biasa yang seperti dilihat di Semenanjung Malaysia. Apa rasional mahu memusuhi kerajaan, bagi penulis, penulis amat bersyukur kepada Ilahi kerana hidup dalam aman damai dari hayat penulis lahir sehingga penulis bernafas sekarang diatas pemerintahan kerajaan

Baca Lagi → Anti ISA Menyusahkan, Pembangkang Bodoh

Friday, July 31, 2009

BNM bekukan aset Ceramic Club

Syarikat perniagaan sekarang makin banyak yang diragui. Tidak kira ianya datang dari luar negara atau pun dalam negara. Makin beranak pinak system yang mereka kemukakan. Dan akhirnya, jika tidak direstui oleh tuan tanah (kerajaan) maka, syarikat itu akan terkubur juga. Begitulah kisahnya mengenai syarikat Ceramic Club yang seakan-akan MLM tapi dikaburi dengan teknik membeli dan menjual barang secara maya. Syarikat ini belum disahkan lagi tutup sepenuhnya cuma dalam proses pemahkahman yang akan mengambil masa.

Ceritanya bermula ada aduan-aduan dari pihak tertentu yang mentafsirkan pelbagai tafsiran terhadap syarikat Ceramic ni. Kemudian datanglah pihak berwajib untuk membuat siasatan dalam masa yang lama, yakni Bank Islam Negara. Siasat punya siasat, akhirnya semua aset milik Ceramic Club terutama cawangan ASIA dibekukan dan orang-orang bawahannya tidak dapat mengeluarkan satu sen dari aset berkenaan. Kebanyakkan web-website mereka ini sudah ditutup dan diberi notis pemberitahuan kepada ahlinya yang sentiasa mengikuti info semasa, mana taknya duit melayang begitu sahaja kalau tiada usaha untuk mendapatkannya balik.

Penulis pernah diajak mengikuti program ini, tapi penulis menolak kerana bagi penulis program2 seperti ini cuma menipu dan sukar dipercayai akan kesahihahan sistem yang dibawanya pula, tambahan jika tiada penasihat syariah dalam syarikatnya maka ianya harus dielakkan. Mahu menjadi kaya bukan dalam sekelip mata, tapi berusaha dengan titik peluh sendiri dan biarlah titik peluh itu keluar sendiri dari badan kita. Maka keluarlah dari belengu skim2 seperti ini, bekerjalah dengan kudarat sendiri. Penulis syorkan anda melabur sahaja di ASB, pulangan di sana lebih baik dan dijaga dibawah kerajaan yang juga memiliki penasihat syariahnya tersendiri, penulis juga mendapat puluhan ribu hasil daripada penabungan di ASB, dan yang penting anda kenalah rajin menabung.

Wassalam.

Baca Lagi → BNM bekukan aset Ceramic Club

Friday, July 17, 2009

Jangan Terpedaya Dengan Ebook

Masa kini banyak ebook-ebook merapu yang menjamin pulangan duit sehingga nak mencecah Jutaan Ringgit. Kelahiran ebook ini bukan disebabkan oleh cara dan pengalaman yang dimiliki oleh pembuatnya namun hanya lah sekadar buatan professional yang boleh memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Kebanyakkan ebook ini menguatkan fakta ianya benar dan membuktikan dengan pelbagai gambar yang berkemungkinan besar sukar dipercayai. Teknologi semakin canggih, jadi penipuaan juga ditahap canggih.

Bagi mereka yang arif dalam perniagaan, ebook ini cuma merapu sahaja isi kandungannya, tidak mengajar dalam pembelajaran secara reality, contohnya kita membeli buku panduan, sudah semestinya mesti ada pengajar berdepan dengan kita dan seterusnya memahami buku panduan tersebut. Dalam ebook pula, kita membeli panduan, tapi sudah terjamin kah kita akan diajar oleh penulis berkenaan, bukan title dia sebagai pengajar tapi mengejar wang dan pelanggan barunya, jadi ianya tidak boleh menjamin pembeliaan ebook anda.

Sebenarnya penulis anti sangat dengan ebook2 merapu ni. Bukan apa, penghasilannya bukan sahaja menambah populariti kadar pengangguran malah terjebak dengan aktiviti pencarian duit yang tidak sihat (kerja sambil duduk tanpa gerak). Selain daripada itu, bukti-bukti yang mereka kemukan adalah cuma hasil daripada bayaran orang yang tertipu membeli ebook itu, jadi mereka sudah ada list pembayaran yang lengkap untuk diperlihatkan kepada pembeli sebagai bukti ebook ini adalah jawaban dari semua itu.

Kadang-kadang ebook ini ada manfaatnya juga, tap bergantung kepada ebook berkenaan, kalau ebook itu menjerumus mencari duit dalam beberapa hari/saat/minggu, penulis sarankan agar anda jangan membelinya, kerana ianya hanya membuang masa anda membaca dengan idea penulisan merapu dari penulis2 matrialistik dan professional dalam menipu orang. Jika anda mahu membeli juga, terserah kepada anda, itu hak anda dan bergantung kepada anda juga jika terdesak mahu kaya cepat.

Bayangkan ebook yang setebal beberapa muka surat berharga lebih dari RM50 lebih dan benda itu cuma wujud di alam maya. Memang boleh menambah ilmu pengetahuaan, tapi penulis sarankan belilah di kedai2 buku, d sana ramai lagi penulis berbakat yang boleh memotivasikan minda anda bekerja lebih keras dalam mencari duit, bukan mengajar anda mencari duit dalam sekelip mata.

Carilah senaskah al Quran yang memiliki terjemahannya, pelajari dan hayatilah isi kandungannya, kerana tiada bahan cerita/panduan hidup yang lebih Agung selain daripada al Quran. Jangan kumpul duit bergunung-gunung, kelak belum tentu lagi kita menikmatinya kerana Allah sudah pasti menjemput kita ke alam yang ke-2.

Wallahualam..

Baca Lagi → Jangan Terpedaya Dengan Ebook